fbpx

Liga Super: Aksi Negeri Sembilan, KL City terpaksa ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLAWANAN antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu akibat hujan lebat - MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

AKSI Liga Super antara Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur City di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, hari ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu ekoran cuaca buruk.

Bagaimanapun aksi berkenaan sudah pun dilangsungkan kira-kira setengah jam sebelum pegawai perlawanan ambil keputusan untuk menghentikan aksi buat seketika kerana hujan lebat.

PERLAWANAN antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu akibat hujan lebat – MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Namun hasrat untuk perlawanan ini disambung semula tidak kesampaian selepas keadaan cuaca hujan berterusan hingga menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

“Perlawanan LS4 Liga Super 2023, Negeri Sembilan FC lawan Kuala Lumpur City FC terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk dan keadaan padang yang ditakungi air.

“Tarikh baharu akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” menurut pengumuman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Mengikut jadual asal, perlawanan ini sepatutnya dilangsungkan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur namun pindaan terpaksa dibuat selepas mengambil kira permohonan pasukan tuan rumah (KL City) dan mendapat persetujuan bersama kedua-dua pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI