fbpx

Kenaikan gaji penjawat awam keutamaan kerajaan jika hasil bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) beramah mesra bersama Unit Udara pada majlis perasmian Balai Bomba Dan Penyelamat Tambun, Ipoh hari ini. - Foto/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan gaji penjawat awam merupakan antara perkara diutamakan kerajaan sekiranya hasil negara bertambah tahun hadapan.

Beliau berkata, ini kerana dengan skim gaji diterima penjawat awam ketika ini, sudah tiba masanya untuk ia dinaikkan.

“Boleh ditambahlah (gaji) patutnya termasuk bomba tetapi biar negara ini aman, biar kita dapat memacu pertumbuhan ekonomi dengan baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Tambun di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan defisit dihadapi negara apabila hutang ditanggung ketika ini mencecah RM1.5 trilion.

Menurut Anwar, usaha kerajaan untuk mengurangkan hutang negara turut membuahkan hasil menerusi beberapa pencapaian yang dilakar baru-baru ini.

Antaranya, menurut beliau ialah apabila kerajaan menerima kembali RM8 bilion wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain pelaburan bernilai RM25.5 bilion daripada Amazon Web Services (AWS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI