fbpx

Kembara Perpaduan Malaysia Madani kukuh semangat perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron Ago (tengah) ketika melancarkan Kembara Perpaduan Galeri Uniti di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, semalam.

PETALING JAYA – Kementerian Perpaduan Negara melancarkan ‘Kembara Perpaduan Malaysia Madani’ dibawah inisiatif Program Galeri Uniti bertujuan merancakkan lagi semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata berkata, program tersebut dilihat dapat memberi peluang kepada masyarakat mempelajari dan memahami keunikan serta kepelbagaian adat, budaya dan kaum di negara ini.

Katanya, penganjuran edisi kelima itu bertujuan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui platform lebih santai.

“Kementerian pada masa sama akan menerokai lebih banyak tapak integrasi sosial supaya rakyat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan mencipta ‘feel good factor’.

“Elemen kepelbagaian budaya dan segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme turut diadakan sepanjang tempoh program berlangsung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, antara aktiviti utama pada program itu ialah pameran panel Moment of Unity yang menunjukkan perpaduan dan kepelbagaian adat masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kembara itu, turut menganjurkan persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan pameran Rumah KAMI yang memaparkan maklumat berkaitan pakaian, makanan serta sukan rakyat pelbagai etnik termasuk masyarakat Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.

Beberapa agensi juga turut terlibat dalam kembara berkenaan antaranya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Arkib Negara Malaysia.

Kembara itu, berlangsung selama tiga hari bermula semalam (Jumaat) di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI