fbpx

Berlin benarkan wanita mandi kolam renang tanpa berbaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita di Berlin kini dibenarkan mengunjungi kolam renang awam dalam keadaan separuh bogel. - foxnews

BERLIN – Pihak berkuasa Berlin, Jerman membenarkan golongan wanita di kota raya itu mengunjungi kolam renang dalam keadaan separuh bogel, lapor portal berita MailOnline.

Kebenaran itu dikuatkuasakan susulan aduan yang dibuat oleh seorang wanita selepas dia tidak dibenarkan mandi di kolam renang dalam keadaan separuh bogel.

Senat Berlin untuk keadilan, kepelbagaian dan antidiskriminasi berkata, wanita itu membuat tuntutan ke pejabat ombudsman senat bagi mendapatkan layanan sama rata seperti lelaki yang boleh berenang tanpa baju.

Sebagai reaksi kepada aduan dan penglibatan ombudsman dalam kes itu, Berliner Baederbetriebe, yang mengendalikan kolam awam di bandar raya tersebut memutuskan untuk menukar peraturan.

Ketua Ombudsman, Doris Liebscher berkata: “Pejabat ombudsman sangat mengalu-alukan keputusan Baederbetriebe kerana ia menetapkan hak yang sama rata untuk semua warga Berlin sama ada lelaki atau wanita kerana ia juga mewujudkan kepastian undang-undang untuk kakitangan di Baederbetriebe.

Sebelum ini, wanita yang mempamerkan payudara mereka di kolam renang di Berlin diminta segera berpakaian atau meninggalkan kolam dan ada masanya mereka dilarang untuk kembali ke situ. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI