fbpx

55,000 permohonan kad pengenalan masih ‘tergantung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Yazan (duduk depan tengah) bersama penduduk Pulau Ketam pada Program Mekar, hari ini.

KLANG – Kira-kira 55,000 permohonan kad pengenalan belum diberikan keputusan bagi status kewarganegaraan berdasarkan Perkara 15 (1)Perlembagaan Persekutuan setakat ini.

Lambakan permohonan sejak 2017 itu antaranya meliputi faktor perkahwinan tidak teratur terutama melibatkan pasangan warga asing.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Saiful Yazan Alwi berkata, pihaknya akan menyelesaikan perkara itu selaras hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu isu 10,000 permohonan selesai hujung tahun ini.

Katanya, isu pendaftaran kewarganegaraan antaranya berpunca masalah bahasa, pengangkutan dan pengetahuan.

“Mereka memberi alasan tidak penting  selagi tiada urusan dengan kerajaan yang tidak memerlukan dokumen.

“Kita juga ada prosedur dengan memenuhi beberapa syarat ditetapkan sebelum diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya ketika ditemui pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Pulau Ketam di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Saifuddin memaklumkan KDN menyasarkan penyelesaian sekurang-kurangnya 10,000 permohonan bagi mendapatkan status
kewarganegaraan tahun ini.

Dalam pada itu, Saiful Yazan berkata, pihaknya menerima sebanyak 80,389 permohonan dokumen pengenalan diri di seluruh negara diterima menerusi program Mekar.

“Berdasarkan rekod, tahun 2019 mencatatkan permintaan tertinggi berjumlah 28,930 permohonan sebelum menurun pada tahun 2020 (12,612) dan 2021(10,438) berikutan pandemik Covid-19.

“Namun, angka itu meningkat semula tahun lalu dengan 28,400 permohonan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI