fbpx

[VIDEO] Muhyiddin tiba di Mahkamah Kuala Lumpur, hadapi 6 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memakai sut berwarna hitam tiba bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira pukul 8.45 pagi ditemani beberapa ahli keluarga.

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Semalam, Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah memberi keterangan lebih sembilan jam.

Hari ini beliau akan berdepan enam pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI