fbpx

Penduduk kondo selamba campak najis kucing dari tingkat atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang individu melemparkan najis kucing dari tingkat atas.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penduduk di sebuah kondominium membuang najis kucing dari tingkat atas mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit 32 saat yang memaparkan perbuatan individu itu turut tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, individu itu dilihat mengaut najis haiwan itu daripada sebuah bekas sebelum melemparkan najis itu ke bawah.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan individu tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.

“Buat aduan kepada pihak pengurusan, kalau sampai begini, boleh didenda dan diarahkan untuk keluarkan kucing dari kediaman,” kata Kak Za.

“Kasihan jiran-jiran di bawah. Saya pun lalui perkara sama, jiran suka buang puntung rokok dan kotaknya sekali ke bawah,” kongsi Weinye.

“Bertambah subur pokok di bawah, itu pun kalau jatuh dekat pokok, kalau jatuh atas kepala orang?,” seloroh Mr.

“Ramai yang berperangai begini. Mahu bela haiwan tapi pemalas,” kata Put. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI