fbpx

Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah Nini

PUTRAJAYA – Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Dr. Farah Nini Dusuki dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk tempoh 10 tahun berkuatkuasa 8 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, lantikan tersebut dibuat menurut subseksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak serta merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya sejak Disember 2007.

“Beliau juga sebelum ini pernah berkhidmat di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa selama 15 tahun selain memperoleh phD dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom pada 2002 dengan tesis yang menganalisa permasalahan sosio-perundangan bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaaan dan pengabaian,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azalina, bidang kajian Farah Nini merangkumi perundangan mengenai pengadilan jenayah, undang-undang kanak-kanak, perlindungan remaja dalam isu kesihatan reproduktif seksual serta pelaksanaan dan penguatkuasaan hak kanak-kanak di Malaysia.

“Kerajaan berharap dengan lantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak, pelbagai isu kanak-kanak yang berlaku di Malaysia akan diberi perhatian yang lebih mendalam.

“Ia bagi memastikan hak asasi serta keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara kita sentiasa terpelihara,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI