fbpx

Anwar diserbu lebih 4,000 mahasiswa, kakitangan Uniten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama jemaah sebelum meninggalkan masjid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Tenaga Nasional Malaysia Kajang di sini hari ini. FAUZI BAHARUDDIN/KOSMO!

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diserbu lebih 4,000 jemaah termasuk mahasiswa dan kakitangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Tenaga Nasional di sini.

Beliau turut disertai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Baharin Din dan Naib Canselor Uniten, Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan selepas perdana menteri menjamu selera.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di Uniten pada pukul 1 petang sebelum itu menjamu selera bersama-sama pelajar universiti berkenaan dengan menikmati sup tulang bersama nasi putih sebagai hidangan tengahari beliau di Medan Selera UPTEN, Kajang.

Selepas selesai makan tengah hari, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Tenaga Nasional yang diimamkan pelajar tahfiz Uniten, Muhammad Fadzreen Muhamad Fadzil dan khutbah disampaikan pensyarah tahfiz, Amaluddin Arshad bertajuk ‘Tauliah Mengajar Suatu Keperluan’. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI