fbpx

Akibat tegur pemuda bising, dua kumpulan kejiranan bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RAUB – Tindakan seorang lelaki menegur sekumpulan pemuda yang membuat bising di waktu malam dipercayai menjadi punca berlakunya pergaduhan antara dua kumpulan kejiranan di Taman Kelau Jaya di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abd. Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu bermula dengan pertengkaran mulut sebelum berlaku pergaduhan antara dua kumpulan kejiranan itu di sebuah kedai di sini.

“Susulan itu pihak polis telah menahan 15 orang suspek berumur antara 15 hingga 50 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.

“Siasatan sedang giat dilakukan dan kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini sebelum didakwa di mahkamah,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahril kes itu disiasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan polis masih mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan suspek yang terlibat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Jelasnya, kes tersebut tidak melibatkan gengsterisme dan hanya melibatkan penduduk daripada kawasan kejiranan yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI