fbpx

6 peserta ratu cantik lawan makan dengan gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam perseta ratu cantik 'jumbo' (kanan) kalah dalam pertandingan lawan makan dengan seekor gajah di wilayah Nakhon Ratchasima semalam. - Foto Nation Thailand

BANGKOK – Sekumpulan peserta pertandingan ratu cantik ‘jumbo’ menyertai pertandingan makan bersama seekor gajah semalam di wilayah Nakhon Ratchasima, timur Thailand, lapor portal berita Thaiger.

Pertandingan ratu cantik itu bukan sekadar meraikan kecantikan bersaiz besar, ia juga bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan di Nakhon Ratchasima dan membantu masyarakat setempat. 

Seramai enam peserta ratu cantik itu bersaing dengan seekor gajah muda bernama Phang Orathai untuk melihat siapa yang boleh makan paling banyak. 

Dalam pertandingan itu, gajah bernama Phang Orathai muncul sebagai pemenang.

Pertandingan Ratu Ratu Jumbo diadakan untuk tahun keenam berturut-turut. 

Pusingan awal berlangsung di enam wilayah Thailand dengan pusingan akhir akan diadakan di pusat beli-belah, The Mall Korat. Wanita dan lelaki transgender yang menukar jantina dan mempunyai berat badan melebihi 80 kilogram (kg) boleh menyertai pertandingan tersebut.

Pemenang pertandingan itu akan menerima hadiah wang tunai sebanyak 30,000 baht (RM3,870). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI