fbpx

Tambah rumah subsidi nelayan sasar produktiviti laut dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Sabu (kanan) menyerahkan replika kunci rumah kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan PSN di Kuala Sungai Baru Ilir, Melaka. - FOTO SYAFEEQ AHMAD

ALOR GAJAH – Kerajaan akan meningkatkan jumlah Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) bagi menyediakan prasarana asas yang lebih selesa, sekali gus membantu meningkatkan produktiviti para nelayan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara sasaran impak daripada usaha tersebut termasuklah peningkatan penglibatan nelayan Bumiputera dalam tangkapan hasil di laut dalam.

Ujarnya, kini 80 peratus daripada peraih hasil laut merupakan nelayan pantai, manakala hanya 20 peratus adalah usahawan atau penternak akuakultur.

“Dengan pembinaan rumah PSN ini, kita harap para nelayan akan jadi lebih aktif dan kalau boleh mampu menjadi peraih di laut dalam.

“Sebab sekarang ini ramai nelayan pantai dan akuakultur ini salah satu perkara yang mahu diperbesarkan menjadi 60 peratus di laut dan 40 peratus akuakultur,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Nelayan di bawah PSN Negeri di Perkampungan Nelayan, Kuala Sungai Baru Ilir, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 1,772 buah rumah nelayan telah dibina di 13 lokasi di seluruh negara termasuk di Kedah, Pahang, Terengganu dan Perak.

“Di Melaka kita telah bina 60 unit PSN jenis rumah berkembar di atas tanah seluas 5.6 hektar yang dibeli nelayan pada harga subsidi bernilai RM45,000 sebuah berbanding harga sebenar RM70,000.

“Selain kediaman PSN ini, kita juga akan meningkatkan jumlah projek-projek infrastruktur lain berkaitan aktiviti perikanan termasuklah pembinaan jeti pendaratan, pancang bot, balai nelayan, wakaf, slip-way, stor enjin dan lain-lain kemudahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI