fbpx

Pemburu haram siat kulit harimau dipenjara 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Renjer menunjukkan kulit harimau yang ditemui di Taman Negara Thong Pha Phum, wilayah Kanchanaburi. - Jabatan Taman Negara dan Pemuliharaan Hidupan Liar/DNP

BANGKOK – Mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas lima pemburu haram kerana membunuh seekor harimau betina dan anaknya di sebuah taman negara tahun lepas, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Lima lelaki tersebut didapati bersalah kerana melanggar undang-undang pemuliharaan dengan membunuh haiwan yang dilindungi di Taman Negara Thong Pha Phum, wilayah Kanchanaburi sebelum menyiat kulit dan tulang harimau itu untuk dijual di pasaran gelap.

Renjer-renjer taman negara membuat penemuan itu pada Januari tahun lepas sebelum merampas bangkai harimau tersebut. Imej dirakam pegawai hutan memaparkan keadaan bangkai dua ekor harimau dengan tulang dan bahagian badannya ditemui di lokasi kejadian.

Mahkamah menolak hujah bahawa kesemua tertuduh membunuh harimau tersebut untuk membalas dendam terhadap serangannya ke atas haiwan ternakan penduduk. 

Harimau adalah spesies terancam dengan hanya kira-kira 4,500 ekor yang masih hidup di alam liar, demikian menurut Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF).

Walaupun bilangan haiwan itu meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, WWF berkata, kurang daripada 200 harimau hidup di taman negara dan kawasan perlindungan liar seluruh Thailand.

Perburuan haram menjadi salah satu ancaman terbesar terhadap kelangsungan hidup harimau yang sebahagian besarnya didorong oleh permintaan di China dan Vietnam untuk tulang, kulit dan bahagian badan lain bagi digunakan dalam perubatan tradisional. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI