fbpx

Muhyiddin dijangka dilepas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi sebentar tadi.

Bagaimanapun, Azam tidak dapat mengesahkan bila Presiden Bersatu itu akan dibebaskan dengan jaminan sama ada petang ini atau malam ini.

“Bagaimanapun, beliau (Muhyiddin) akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk didakwa,” katanya.

Setakat pukul 6.40 petang ini, tiada tanda-tanda Muhyiddin akan keluar daripada bangunan SPRM.

Tinjauan di luar bangunan SPRM mendapati, lebih 40 pengamal media pelbagai agensi masih menanti ketibaan Muhyiddin.

Difahamkan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengadakan sidang akhbar sejurus keluar daripada bangunan SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI