fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan tanggung subsidi elektrik RM10.76 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kira-kira RM10.76 bilion telah diperuntukan kerajaan bagi menampung subsidi bil elektrik untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik kategori voltan rendah (LV) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, subsidi tersebut diberikan kepada perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bengkel kecil serta pengguna dalam kategori pertanian seperti petani, penternak dan pekebun.

Jelas beliau, dengan pemberian subsidi tersebut, seramai 9.5 juta pengguna elektrik yang mewakili 99 peratus daripada keseluruhan pengguna di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan kenaikan kos bahan api penjanaan elektrik.

Menurutnya, tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos bahan api dan kos penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang.

“Dalam hal ini, kos ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 adalah sebanyak RM16.16 bilion bersamaan kadar surcaj 27 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

“Namun begitu, kerajaan telah bersetuju untuk hanya melepaskan surcaj 20 sen/kWj sahaja kepada pengguna industri dan komersial (High Voltage – HV dan Medium Voltage – MV) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun depan.

“Baki surcaj sebanyak 7 sen/kWj bersamaan RM1.93 bilion ditampung oleh Kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun kata Nik Nazmi, sekiranya kerajaan ingin mengekalkan surcaj 3.7 sen/kWj kepada pengguna industri dan komersial MV dan HV, kos tambahan sebanyak RM4.2 bilion perlu ditampung oleh kerajaan dalam bentuk subsidi bagi tempoh yang sama.

“Kos subsidi ini adalah terlalu tinggi untuk ditampung oleh kerajaan dan tambahan pula pengguna dalam kategori MV dan HV ini adalah terdiri daripada syarikat dan pihak industri yang menjalankan urus niaga serta mendapat keuntungan.

“Pengguna kategori ini memperoleh lebih banyak subsidi tersebut berbanding pengguna domestik kerana mereka menggunakan elektrik dalam kuantiti yang banyak,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI