fbpx

Speaker tinggi suara, arah Awang keluar dewan dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika mengarahkan Awang keluar dewan selama dua hari bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terpaksa meninggikan suara beliau setelah mengarahkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) untuk keluar dewan selama dua hari bermula hari ini.

Kejadian tersebut berlaku apabila Awang dilihat bangkit beberapa kali dari tempat duduknya mengganggu penggulungan mengenai Belanjawan 2023 oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Saya arahkan kamu untuk keluar dewan, sudah berapa kali saya suruh duduk. Saya sudah kira satu, dua dan tiga. Kamu (Pendang) tetap bangkit.

“Sila keluar, untuk dua hari sahaja sehingga esok,” jelas Johari di dewan Rakyat sebentar tadi.

Terdahulu, Johari telah memberi amaran beberapa kali kepada beliau namun, Awang tetap mencelah meskipun tidak diberikan kebenaran untuk berbuat demikian oleh menteri terbabit.

Tindakan Awang itu tidak disenangi oleh Rafizi yang kemudiannya berkata jika Awang hendak jadi ‘badut’ dengan bersikap sedemikian dia boleh melakukannya kepada menteri lain dan bukan ketika beliau membuat penggulungan.

Apa yang diperkatakan oleh Rafizi itu mendapat bantahan daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menggesa agar Rafizi menarik balik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi menarik balik kata tersebut setelah Awang setuju untuk keluar dewan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI