fbpx

Marcus Rashford beli-belah selepas kekalahan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashford tiba di Cheshire untuk membeli-belah. - Eamonn and James Clarke

LONDON – Pemain bola sepak kelab Manchester United, Marcus Rashford dilihat berada di Cheshire untuk membeli-belah, dua hari selepas pasukannya kalah teruk 7-0 ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), lapor portal berita MailOnline semalam.

Pemain itu menyertai perlawanan di Anfield pada Ahad lalu di mana Red Devils kalah teruk dalam EPL menentang seteru mereka.

Gol daripada Roberto Firmino, Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah melengkapkan tiga mata untuk The Reds.

Susulan kekalahan tersebut, pemain berusia 25 tahun itu memutuskan untuk pergi ke bandar dan membeli-belah sebelum pulang menaiki kereta McLaren 765LT miliknya.

Rashford dilihat memasuki sebuah kedai barangan kemas, Prestons yang menjual jam tangan mewah.

Penyerang Manchester United itu berpakaian kasual dan mempunyai ekspresi wajah yang muram ketika dia dilihat memasuki keretanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI