fbpx

Lelaki potong, lerai komponen kenderaan lama berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin sedang menunjukkan lori yang membawa komponen dicuri, di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan pada 4 Mac lalu, yang disyaki terlibat dalam memotong dan meleraikan komponen kenderaan lama di sekitar daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 33 tahun telah ditahan di Taman Medan, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.30 tengahari ketika sedang mengangkat beberapa komponen kenderaan ke dalam sebuah lori.

“Polis turut merampas sebuah lori jenis Mitsubishi serta beberapa peralatan untuk memotong komponen kenderaan termasuk beberapa komponen kenderaan yang telah dileraikan.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap nombor enjin serta casis kenderaan yang telah dileraikan, mendapati kedua-dua komponen kenderaan tersebut telah diganggu dan tidak sempurna,” katanya dalam dalam sidang media di lobi Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Tambah Mohamad Fakhruddin, suspek juga gagal memberikan keterangan serta gagal menyerahkan sebarang dokumen berkaitan kenderaan yang telah dileraikan.

Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, berdasarkan kajian, Mohamad Fakhruddin berkata sebanyak 10 kes melibatkan kenderaan yang di parkir di tempat awam dalam tempoh jangka masa yang lama telah dilaporkan hilang dari awal tahun sehingga Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI