fbpx

Kerajaan umum lima inisiatif perkasa golongan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap dan merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023, di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan lima inisiatif bagi memastikan wanita di negara ini terus diperkasa temasuk peruntukan RM1 juta menerusi Tabung KASIH Rahmah Wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan Tabung KASIH Rahmah Wanita itu diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu wanita yang memerlukan bantuan terdesak seperti mangsa keganasan rumah tangga.

“Ia juga bertujuan membantu mangsa keganasan rumah tangga yang diselamatkan dan wanita yang diabai ahli keluarga sebelum dibantu agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat
zakat.

“Dengan pelaksanaan ini juga diharapkan ia dapat menggalakkan lebih banyak pihak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sekali gus lebih banyak program pemerkasaan wanita dapat ditambah baik,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di di sini, hari ini.

Beliau turut melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual bagi menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

“Modul Training for Trainers juga dibangunkan bertujuan melatih lebih ramai individu dalam advokasi antigangguan seksual seterusnya memperluaskan kesedaran masyarakat tentang perkara ini,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM5 juta di bawah KPWKM bagi pengumpulan data, penyelidikan dan penerbitan serta program berkaitan dengan pemerkasaan wanita.

“Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan yang dilaksanakan KPWKM pada 2023, antara isu dan cabaran yang dihadapi ialah wujudnya elemen diskriminasi, penetapan dasar dan amalan di peringkat organisasi dan sikap individu itu sendiri.

“Berdasarkan kajian ini juga, terdapat keperluan untuk mewujudkan sinergi antara semua pihak dalam menjayakan pemerkasaan wanita, ” katanya.

Dalam masa sama, Anwar turut menetapkan sasaran baharu untuk mencapai penyertaan 30 peratus wanita sebagai lembaga pengarah di semua syarikat tersenarai di Bursa Malaysia menjelang 2025.

Bagi memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta nilai kekeluargaan masyarakat pula, katanya, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melancarkan i-Sayang, yang membolehkan suami memindahkan dua peratus caruman secara sukarela ke dalam akaun KWSP isteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI