fbpx

[VIDEO] Isteri Lee Chong Wei menangis teresak-esak dengar ucapan suaminya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Mew Choo ketika menahan sebak sewaktu mendengar ucapan suaminya dalam sebuah majlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – Isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo dilihat menangis teresak-esak ketika mendengar ucapan daripada suaminya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Chong Wei yang berkongsi rakaman situasi tersebut di Instagramnya hari ini, turut berterima kasih kepada Mew Choo kerana hadir sebagai wanita istimewa dalam hidupnya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Chong Wei, hatinya menangis apabila menerima video yang dirakam oleh seorang individu memaparkan raut wajah sedih isterinya.

“Seseorang mengambil video ini secara rahsia dan menghantar klip itu kepada saya. Ini adalah video dia (isteri), semasa saya berkongsi tentang titik terindah dalam kerjaya saya. Saya melihat video ini, serta-merta hati saya remuk dan menangis,” katanya.

Dalam kapsyennya lagi, Chong Wei sempat menitipkan ucapan istimewa buat isterinya sempena Hari Wanita Sedunia.

“Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup apabila saya mempunyai wanita ini (isteri).

“Terima kasih isteri, Wong Mew Choo. Saya hanya lelaki paling bertuah di dunia. Sayang awak sepuluh ribu tahun.

“Kepada semua wanita cantik di seluruh dunia, Selamat Hari Wanita Antarabangsa!,” ucapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI