fbpx

Dua beranak cemas, Toyota Vellfire terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah Toyota Vellfire di KM164.0, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Perai, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Dua beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki terbakar di Kilometer 164.0 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Minyak, Perai di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu menyebabkan remaja perempuan berusia 22 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat melecur pada kaki.

Dalam insiden tersebut, ibu remaja terbabit yang berusia 54 tahun dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun, hanya remaja terbabit dikatakan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Syamzul Razman Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.55 petang tadi dan bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik pasukan tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire.

“Peratusan kemusnahan kebakaran kereta dianggarkan hampir 90 peratus dan terdapat dua mangsa telah berjaya dikeluarkan terlebih dahulu oleh orang awam sebelum anggota tiba.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutkan. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, kebakaran dapat dikawal pada pukul 3.08 petang tadi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.31 petang. Operasi tamat sepenuhnya kurang 10 minit kemudian,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI