fbpx

Dewan Rakyat: Perjanjian Lintas Batas Malaysia-Indonesia dimuktamad tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika menjawab soalan tambahan Angau Gingkoi (PRS-Lubok Antu) di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perjanjian Lintas Batas (CBA) di antara Malaysia dan Indonesia menjelang pembukaan ibu negara baharu republik itu di Kalimantan dijangka dimuktamadkan tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perjanjian itu akan ditandatangani dalam lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia nanti.

Saifuddin berkata, antara yang akan dimuktamadkan ialah senarai pintu masuk termasuk pembukaan pintu baharu di antara kedua-dua negara.

“Kita juga telah bersetuju antara kedua-dua negara ini untuk memuktamadkan ‘area of access’ apabila pintu masuk itu nanti dibuka atau aliran keluar masuk rakyat dua negara akan berlaku.

“Kedua-dua negara sedang berunding untuk memuktamadkan kawasan di mana penduduk kedua-dua negara boleh berada, dan yang paling akhir semakan terhadap elemen-elemen perundangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Angau Gingkoi (PRS-Lubok Antu) mengenai langkah proaktif yang akan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) serta kawasan sekitar yang bersempadan dengan Malaysia-Indonesia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI