fbpx

3 cedera, kenderaan terjunam ke dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba bertungkus-lumus membawa ketiga-tiga mangsa keluar dari kenderaan yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Felda Palong 7 Dan 8, di Jempol, petang tadi. - IHSAN BOMBA

JEMPOL – Tiga lelaki berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 3 meter di Jalan Felda Palong 7 dan 8, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Hazren Mohd. Zahar berkata, pasukannya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 5.14 petang.

Menurutnya, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah pasukan bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau serta Gemas bagi membantu membawa mangsa keluar dari kenderaan jenis Toyota Hilux tersebut.

“Difahamkan ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 30 hingga 50-an dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Terengganu melalui jalan Palong 4, 5 dan 6. Kenderaan tersebut dalam keadaan terbalik di dalam gaung berkenaan.

“Pasukan bomba telah menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dan mengusung mangsa ke tebing jalan. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Jempol bagi rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI