fbpx

Semak ayat dulu sebelum jual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Husaini (bersongkok) menunjukkan perhiasan ayat al-Quran yang memgandungi kesalahan ayat pada Program Program Advokasi Peniaga-Peniaga dan Pengusaha Bingkai Ayat Al-Quran Di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di sini hari ini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

NILAI – Peniaga perhiasan ayat al-Quran terutama di Nilai 3 di sini perlu bertanggungjawab membuat semakan bagi memastikan tiada kesalahan dari segi ayat atau kandungan teks sebelum dijual kepada pelanggan.

Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahmad Husaini Mustafa berkata, kemungkinan ada dalam kalangan peniaga atau pemborong perhiasan ayat al-Quran tidak sensitif dengan menggunakan alasan diambil terus daripada pembekal.

“Barang-barang yang sampai perlu disemak terlebih dahulu. Sepatutnya perhiasan ayat al-Quran itu perlu diselia oleh pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tidak berlaku kesalahan.

“Sekiranya ayat salah, maknanya jadi lain, Kita gantung perhiasan ini untuk mencantikkan rumah dan lebih parah jika maksudnya lari daripada ajaran agama Islam,” katanya selepas merasmikan Program Advokasi Peniaga-Peniaga dan Pengusaha Bingkai Ayat Al-Quran di sini.

Sementara itu, Pengarah KDN Negeri Sembilan, Mohamad Ridzuan Yusof berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, sebahagian peniaga tidak tahu berkenaan kesahihan ayat al-Quran yang dijual di premis mereka.

“Biasanya, kesilapan yang dikesan pada perhiasan ayat al-Quran ini adalah yang diimport. Jadi kita nasihatkan peniaga untuk semak dengan membuat rujukan di aplikasi Smart al-Quran yang diluluskan Lembaga Kawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran KDN,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI