fbpx

Penyeludup tinggal 495 kg syabu RM17.8 juta dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di dalam sebuah kereta pada sidang akhbar di IPD Pasir Mas, Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Dadah jenis syabu seberat 495 kilogram bernilai RM17.8 juta yang dibungkus dalam paket kopi di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Pohon Buluh di sini semalam, dirampas.

Pemeriksaan dijalankan terhadap sebuah kereta jenis Proton Wira itu kira-kira pukul 8.30 malam semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota PGA melihat kereta terbabit ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kampung itu.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu menemui guni-guni yang berisi beratus paket plastik minuman kopi yang mengandungi dadah dan polis percaya kereta terbabit sengaja ditinggalkan di tepi jalan itu untuk elak kegiatan mereka dihidu penguat kuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan lanjut mendapati, dadah tersebut akan dibawa dan dijual untuk pasaran di seluruh negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI