fbpx

Peniaga air buah maut kena tayar treler terpelanting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai air buah yang terkena sebiji tayar lori treler tercabut membawa kematian kepada Muhamad Airiel Rizman di Kampung Merang, Setiu, hari ini.

SETIU – Gara-gara sebiji tayar lori treler tercabut dan terpelanting ke tepi jalan, seorang remaja lelaki yang sedang menjual air buah di tepi jalan maut di Kampung Merang, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.05 petang itu, mangsa, Muhamad Airiel Rizman Mohamad Nazeri, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

Rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd. Zainani, 22, yang turut menjual air buah bersama-sama pula patah tangan kanan dan mulutnya luka akibat terkena tayar sama.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, sewaktu kejadian, lori treler yang dipandu lelaki berusia 37 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Telaga Papan, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah sebiji tayar belakang lori treler berkenaan tiba-tiba tercabut lalu terpelanting terkena kedua-dua mangsa yang berniaga di tepi jalan.

“Mayat Muhamad Airiel Rizman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Afandi berkata, Nik Muhammad Afiq Rizani yang cedera pula dihantar ke unit kecemasan hospital sama bagi menerima rawatan.

Tambah beliau, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI