fbpx

Meninggal dunia lepas tebang pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi menunjukkan lokasi seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas baharu sahaja menebang pokok berhampiran kedai serta rumah di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi. FOTO NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas menebang pokok berhampiran kedai serta rumah di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Shahdan, 56, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Perhubungan Rela Kawasan Felda Sungai Kelamah, Azmi Mohd, ketika kejadian dia bersama empat anggota baharu sahaja selesai penugasan Rondaan Keselamatan Dan Pemantauan Bencana Semasa Monsun Timur Laut (MTL), di kawasan felda berkenaan.

Menurutnya, dia dapati terdapat seorang lelaki sudah tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah berhampiran pokok yang baharu sahaja ditebangnya.

“Kejadian itu disedari oleh anak perempuannya yang berusia lingkungan 10 tahun yang terkejut ayahnya tiba-tiba rebah selepas menebang pokok. Anak arwah segera memaklumkan kepada pemilik kedai berhampiran bagi melihat keadaan ayahnya,” katanya ketika ditemui di Felda Sungai Kelamah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa mempunyai pelbagai rekod penyakit antaranya jantung dan darah tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI