fbpx

Konsert 3 hari bintang pop Hong Kong, Eason Chan laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EASON Chan akan berkunjung ke negara ini pada Mei depan dengan menganjurkan konsert sepanjang tiga hari berturut-turut di Axiata Arena, Bukit Jalil.

PETALING JAYA – Kedatangan bintang pop Hong Kong, Eason Chan ke negara ini untuk konsert mega yang akan berlangsung pada Mei depan mendapat sambutan luar jangkaan peminat tempatan.

Eason yang popular dengan deretan lagu hit seperti Love Transfer, Today Next Year, Warrior of the Darkness, Fu Shi Shan Xia dan Fu Kua akan berkunjung ke negara ini mengadakan persembahan konsert selama tiga hari berturut-turut.

Penyanyi popular yang pernah tersenarai di tangga keenam dalam Top 100 Selebriti China oleh Forbes pada 2013 itu akan mengadakan konsert Fear and Dreams World Tour Live in Malaysia pada 12 hingga 14 Mei depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mengagumkan, jualan tiket konsert superstar lagu bahasa Kantonis itu laris terjual seperti pisang goreng panas dalam tempoh hanya dua jam!

Sambutan luar jangkaan tersebut sekali gus menjadi catatan rekod terbaharu buat Eason, 49, yang memintas rekod konsert solo sendiri dari segi jumlah penonton teramai di negara ini.

Konsert yang dijangka menjadi persembahan dengan jumlah penonton paling ramai tersebut dipersembahkan oleh ATFX bersama Impact Entertainment, Star Planet dan Live Nation.

Untuk info, Eason yang dilahirkan pada 27 Julai 1974 merupakan seorang aktor terkenal dengan barisan filem popular seperti City of Glass, Jiang Hu: The Triad Zone, Comic King dan Funeral March.

Bagi sebarang maklumat lanjut tentang konsert penyanyi itu, boleh layari media sosial Star Planet atau laman web www.starplanet.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI