fbpx

1,617 kes poligami tanpa kebenaran di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Selangor merekodkan pasangan bernikah poligami tanpa kebenaran sebanyak 1,617 kes bagi tahun 2019 hingga tahun lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, jumlah itu adalah sekali ganda berbanding pemohon yang memohon kebenaran berpoligami adalah 859 kes bagi tempoh sama.

Katanya, ini memperlihatkan masyarakat Islam menggunakan jalan singkat untuk poligami melalui nikah sindiket dan nikah sempadan dengan pernikahan di Thailand dan Indonesia contohnya.

“Itu yang kita tahu (rekod) pergi mahkamah syariah dan bayar (denda). Mungkin balik yang diam dan jumlahnya mungkin tinggi.

“Dari segi hukumnya saya dimaklumkan bahawa ramai yang takut beritahu isteri mereka (untuk berpoligami) yang katakan No. Justeru, di samping keinginan untuk berkahwin lagi cukup tinggi, itu yang pergi luar negara dan ikut sindiket dan akhirnya menghadapi kesusahan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan Forum Kekeluargaan Undang-Undang dan Pencerahan Undang-Undang berkaitan Poligami.

Jelas Abdul Aziz, masyarakat Islam yang berhasrat untuk berpoligami agar mematuhi undang-undang berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sedia ada mewajibkan suami untuk berlaku jujur dan berterus terang dengan pasangan sedia ada.

“Prosedur (poligami) tidak susah. Kalau pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) nyatakan hasrat, isi borang tertentu dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti.

“Tujuan supaya si suami berlaku adil dengan lihat kemampuan fizikal, kesihatan dan kewangan. Kita tidak boleh berkahwin lagi satu, abaikan pada yang tua (isteri pertama),” katanya.

Ketika ditanya pemberita sama ada terdapat cadangan daripada MAIS untuk meningkatkan denda berpoligami yang setakat ini hanya RM1,000 di Selangor, Abdul Aziz menegaskan belum ada setakat ini berikutan kos hidup yang tinggi ketika ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, berdasarkan statistik penceraian pada tahun lalu merekodkan 10,066 berbanding 6,298. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI