fbpx

Shuib cerita tidak habis, Jep buka mulut cerita kemelut Sepahtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jep bercerita mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam Sepahtu

PETALING JAYA – Nama kumpulan pelawak kelahiran Raja Lawak musim ke-3, Sepahtu sering menjadi bualan ramai susulan ketiadaan Shuib dalam persembahan terkenal mereka, Sepahtu Reunion Live (SRL) di saluran Astro Warna.

Terbaharu, pelawak Jep tampil memberikan penjelasan mengenai perkara terbabit selepas tidak mahu masalah itu dipanjangkan dan dimainkan bagi mendapat publisiti murahan oleh pihak lain.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Jep atau nama sebenarnya Muhd. Nazri Zainal Abidin berkata sudah tiba masanya penjelasan diberikan untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.

“Harini dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini. Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.

“Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini. Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia takde dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.

“Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah,” katanya di Instagram hari ini.

Tambah Jep, ceritanya bermula ketika ada babak yang Shuib mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.

Tambahnya, pihak Astro mengeluarkan arahan untuk Shuib minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada mereka serta pemain yang lain kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.

“Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung dua minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.

“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba, tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tidak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia,” jelas Jep.

Jelasnya lagi, peminat terus menerus bertanya, tidak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya.

“Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia. Sepahtu tidak pernah buang Dia.

“Malah disatu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Di saat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu-mangu,” kata Jep.

Mengakui hatinya kini hati pun telah tawar dan masa berlalu pergi, jelas Jep kisah Sepahtu yang indah akan disimpan sendiri.

“Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama Sepahtu , doa saya tetap bersama dia, di mana pun dengan siapapun. Semoga berjaya,” ujar Jep. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI