fbpx

8 Mei sebutan kes wanita bunuh pemandu e-hailing di Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurima didakwa atas pertuduhan membunuh.

TAWAU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes melibatkan seorang wanita yang didakwa membunuh pemandu e-hailing pada Januari lalu.

Permohonan tarikh sebutan baharu itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat, Rohaiza Abdul Rahman dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu hari ini.

Pihak Pendakwaan memohon kes tersebut ditangguhkan bagi melengkapkan semua dokumen selain masih menunggu laporan kimia serta laporan pakar sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 30 Januari lalu, Nurima Juli, 33, didakwa atas pertuduhan membunuh mangsa, Nurman Bakaratu, 61, yang merupakan pemandu e-hailing.

Kejadian berlaku berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, di sini pada pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam, 13 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Selain Nurimah, enam anggota polis termasuk seorang awam turut didakwa atas kes sama pada 8 Februari lalu manakala pegawai kanan polis, Datuk Mat Zaki Md. Zain, 58, didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu membunuh Nurman di tempat dan waktu sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI