fbpx

[VIDEO] Satu maut, satu parah tragedi merempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terlibat kemalangan di Persiaran Raja Muda Musa, Klang.

KLANG – Tindakan dua remaja lelaki dipercayai berlumba motosikal di Persiaran Raja Muda Musa di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi menimpa dua mangsa berusia 19 tahun itu turut mengakibatkan seorang lagi parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan itu melibatkan dua motosikal berasingan di jalan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca sekumpulan penunggang motosikal bersaing sesama sendiri dengan menunggang laju dan melulu di jalan tersebut.

“Kedua-dua motosikal mangsa kemudian bergesel sesama sendiri dan tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong menambah, seorang mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 6.50 pagi.

Seorang lagi remaja yang mengalami kecederaan dalaman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang masih dirawat di Zon Merah HTAR.

“Ahli keluarga mangsa yang maut telah hadir ke Balai Polis Trafik Klang untuk membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita sedang mengesan perakam video tersebut bagi diambil keterangannya. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian turut diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-4470162 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular dua video memaparkan dua penunggang motosikal terbaring cedera selepas terjatuh dan dibantu sekumpulan lelaki di lokasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI