fbpx

Liga Super: Penyokong Kedah berkumpul tidak puas hati kad merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 1,000 penyokong KDA FC berkumpul depan Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengadil perlawanan menentang PDRM FC, malam ini.

ALOR SETAR – Lebih 1,000 penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyerbu ruangan depan astaka utama Stadium Darul Aman di sini selepas tamat perlawanan antara pasukan itu dengan PDRM FC, sebentar tadi.

Mereka dikatakan berkumpul di situ bagi menyatakan rasa tidak puas terhadap pengadil, Mohd. Azizan Saat Ariffin.

Dalam perlawanan itu, Mohd. Azizan tidak hanya melayangkan kad merah kepada kapten KDA FC, Manuel Ott pada minit ke-59, malah turut melayangkan kad merah kepada pengendali Sang Kenari, Mohd. Nafuzi Mohd. Zain pada minit ke-70.

Tindakan itu dilihat memberi kesan secara langsung kepada aksi Sang Kenari apabila pintu gol mereka dibolosi, empat minit kemudian hasil jaringan penyerang import pasukan pelawat, Bruno Suzuki.

Meskipun tewas dalam perlawanan itu, kalangan penyokong KDA FC tetap berada di belakang  pasukan kesayangan mereka apabila memberi tepukan gemuruh kepada pemain selepas tamat permainan.

Anggota polis turut berkawal di depan stadium tersebut sehingga keadaan kembali terkawal kira-kira pukul 11.35 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI