fbpx

Lelaki dikecam minta rakan tampung kos melamar kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut meminta rakan-rakannya menampung kos majlis melamar kekasihnya. - AFP

BEIJING – Seorang lelaki di China menjadi mangsa kecaman netizen kerana meminta bantuan rakan-rakannya bagi membayar lokasi dan kos untuk dia melamar kekasihnya, lapor laman berita Wion News semalam. 

Memetik laporan akhbar South China Morning Post,  rakan baik teman wanita lelaki itu berkongsikan mengenai kemarahannya terhadap permintaan yang tidak munasabah itu.

Lelaki tersebut meminta rakan-rakannya membantu membiayai majlis melamar kekasihnya dengan membayar kepadanya kira-kira 640 yuan (RM414.70)  setiap seorang.

Dia mewujudkan kumpulan perbincangan pada aplikasi WeChat dan berkata: “Semalam, anda semua telah menjalankan kerja yang sukar. Ini adalah kos KTV (karaoke) malam tadi, mari kita bahagikan bil.” 

Rakan-rakannya pada mulanya keliru kerana mereka tidak menyangka akan diminta turut membayar kos tersebut.

Tambah rakan baik teman wanita lelaki berkenaan, dia memintanya membantu membuat persiapan untuk majlis itu pada lewat tahun lalu selain turut membantu memilih cincin perkahwinan.

Wanita itu menasihatinya untuk menggunakan dron dan dia membelanjakan hampir 70,000 yuan (RM45,875) untuk menyewa 300 dron. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI