fbpx

Pemandu trak tunda punca kemalangan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan polis hari ini

PETALING JAYA – Polis sedang memburu pemandu trak tunda yang menjadi punca kepada kemalangan membabitkan penunggang motosikal dan sebuah kereta dalam kejadian di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.57 petang itu, difahamkan trak tunda berkenaan mengubah haluan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan kedua-dua kenderaan tersebut.

“Hari ini, pada pukul 10 pagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah terkesan satu video berdurasi 17 saat tular di media sosial dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram @TVsukanstar.

“Video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis trak tunda mengubah haluan menyebabkan sebuah sebuah motosikal mengelak trak berkenaan terbabas dan melanggar sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal dan pemandu kenderaan tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan membahayakan pengguna lain.

“Pihak polis menyeru pemilik trak tunda atau mana-mana saksi tampil menyalurkan maklumat kepada Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ainurur Ferdaus Mahussin di talian 017-6345114,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI