fbpx

Isteri pelakon mangsa pukul dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan isteri kepada seorang pelakon dipercayai ditumbuk suaminya dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara tersebut berkata, mangsa berusia 29 tahun itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.

“Kita telah mengambil keterangan mangsa semalam berkaitan kejadian terbabit dan suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat ini.

“Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, mangsa mendakwa dirinya dipukul beberapa kali pada bahagian mata oleh suaminya.

Sehubungan itu, mangsa difahamkan telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur sekitar pukul 6.30 pagi, kelmarin.

Pergelutan dipercayai berlaku apabila mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka di dalam kereta yang berhenti di kawasan R&R sekitar Sungai Buloh.

Mangsa kemudiannya ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka sehingga mangsa cedera di bahagian mata. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI