fbpx

Banjir: PPS Parit Yaani penuh, 5 masjid dibuka untuk tempatkan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT – Lima masjid dekat sini dibuka untuk penempatan sementara mangsa banjir selepas semua pusat penempatan sementara (PPS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani penuh.

Air banjir naik mendadak menyebabkan 15 buah PPS yang dibuka di kawasan ini tidak lagi boleh menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat dan memerlukan penambahan tempat untuk menempatkan mangsa banjir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penggunaan masjid sebagai usaha untuk membolehkan semua mangsa tidak bersesak dalam satu-satu PPS.

Katanya, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) juga sudah memberi kebenaran penggunaan masjid sebagai PPS melalui perbincangan bersama Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.

“Pihak Jawatankuasa masjid juga boleh menyediakan makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan dalam masjid berkenaan dengan perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Mainj.

“Langkah ini adalah sebagai untuk memberikan keselesaan kepada mangsa yang terjejas daripada beberapa kampung dalam kawasan ini,” katanya selepas melawat PPS Dewan Orang Ramai Parit Yaani dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin memaklumkan, mangsa banjir kehilangan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh mendapatkan sijil pendaftaran baharu secara percuma di pejabat KPDN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI