fbpx

Balai Cerap Telok Kemang dinaik taraf, kembali dibuka Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAI Cerap Telok Kemang, Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson yang kini dalam proses dinaik taraf.

PORT DICKSON – Pusat tumpuan pengkaji ilmu falak di negara ini, Balai Cerap Telok Kemang, Kompleks Baitul Hilal di sini sedang dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober nanti.

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, apabila kerja-kerja termasuk baik pulih dan penyelenggaraan itu siap kelak, kompleks berkenaan bakal menawarkan pelbagai tarikan berkaitan ilmu astronomi.

“Pihak MAINS dalam proses perbincangan dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan institusi sains seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara serta Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka.

“Pengubahsuaian balai cerap ini sudah tentu tujuannya bagi menarik pengunjung ke sini sekali gus memberi ilmu berkaitan astronomi kepada mereka,” katanya selepas Majlis Previu Bufet Ramadan Hotel Klana Beach Resort Port Dickson di sini semalam.

Menurut beliau, selain naik taraf, turut dalam perancangan adalah kerjasama bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Mus­zaphar Shukor Sheikh Mus­tapha bagi mewujudkan beberapa segmen pameran seperti aeroangkasa, falak syarie dengan penerapan teknologi terkini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI