fbpx

19 lelaki dicekup leka sabung ayam depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ayam laga yang dirampas dalam serbuan di depan sebuah rumah di Kampung Pauh, Badang dekat Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seramai 19 lelaki dicekup ketika mereka sedang leka menyabung ayam dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Pauh, Badang di sini semalam.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 66 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, semasa serbuan dijalankan, kesemua lelaki itu didapati sedang leka melakukan kegiatan menyabung ayam dan pemeriksaan lanjut menemui lapan ekor ayam laga dan enam buah sangkar.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,522 yang dipercayai digunakan sebagai wang pertaruhan dalam kegiatan sabung ayam. Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI