SANTAN kelapa dipercayai remedi berkesan untuk pertumbuhan rambut secara semula jadi.
Sediakan semangkuk kecil santan segar dan sapukan pada kulit kepala.
Urut kulit kepala secara perlahan-lahan agar santan kelapa meresap masuk ke dalam kulit kepala sepenuhnya.
Seterusnya, balut rambut dengan tuala kering atau shower cap selama 15 ke 20 minit sebelum bilas rambut dengan air biasa.