fbpx

Lelaki didakwa heret, tumbuk muka isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa memukul isterinya di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengheret, menumbuk muka dan menendang belakang isterinya sehingga cedera, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Hidayat Omar, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduh, tertuduh didakwa telah dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya, Siti Noraisyah Aziz, 21, dengan cara mengheret, menumbuk muka dan menendang bahagian belakang mangsa.

Tertuduh juga telah membaling telefon bimbit sehingga terkena bahagian tepi mata mangsa dan perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4 pagi di sebuah rumah di Taman Pokok Mangga dalam daerah Melaka Tengah, pada 20 Disember 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 13 April depan sebagai sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI