fbpx

Dia jatuh kena bucu katil, dia yang minta maaf – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN mengharapkan yang baik-baik untuk regu lakonannya Fasha Sandha.

PETALING JAYA – Pelakon Azhan Rani memohon doa orang ramai agar keadaan Fasha Sandha yang mengalami kecederaan pada mata ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersamanya segera pulih.

Azhan atau nama sebenarnya, Azhan Abdul Rani berkata, profesional ketika bekerja, tiada siapa menginginkan kemalangan berlaku ketika menjalankan tugas sebagai pelakon.

“Tak banyak yang saya boleh katakan perkara dah terjadi. Tiada siapa mahukan kemalangan begini terjadi.

“Seperti Fasha dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. ‘rehearsal’ pun sudah dilakukan.

“Aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis, itulah suratannya. siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” katanya menerusi satu hantaran status Instagram.

Ujar Azhan, 48, lagi, Fasha seorang pelakon yang komited dan walaupun sedar diri dalam keadaan sakit di hospital, dia berhasrat nak sambung penggambaran drama.

“Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia sangat komited dan saya tahu dia sayang gila dengan watak Ana dalam cerita ini.

“Dia jatuh terkena bucu katil. Dia yang minta maaf sebab takut lambatkan penggambaran. Semalam, masa di hospital dalam phone, dia minta saya jangan balik dulu sebab kononnya nak sambung ‘shooting’ hari ini.

“Mujur produksi dah hentikan dulu adegan dia sampai nanti betul-betul sihat barulah kita fikir pasal kerja ini.

“harap berrikan ruang untuk dia dulu. Doktor pun nasihat dia jangan dedahkan mata dengan cahaya sangat, Jadi, berikanglah dia ruang rehat secukupnya,” coret Azhan lagi.

Terdahulu, malang tidak berbau terjadi kepada Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan apabila
mengalami kecederaan pada mata kirinya selepas terhentak pada bucu katil sewaktu menjayakan babak drama Anak Tuan bersama Azhan di selatan tanah air.

Akibat kemalangan tersebut, Fasha, 39, mengalami patah tulang mata kiri selain pendarahan bebola matanya, bengkak dan sedang dirawat di salah sebuah hospital pakar di Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI