fbpx
LAPAN pekerja terbabit yang diselamatkan anggota BBP Kota Tinggi hari ini selepas tiga hari terperangkap dalam kejadian banjir di Bandar Kota Tinggi.

Banjir: 8 pekerja pasar raya terperangkap tiga hari, makan mi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Lapan pekerja sebuah pasar raya di pusat Bandar Kota Tinggi, di sini hanya menjamah mi segera selama tiga hari selepas terperangkap dalam banjir sejak kelmarin.

Mangsa, Fatin Anisah Che Anaf, 19, berkata, dia yang baru sebulan bekerja di premis itu bersama rakan-rakan lain mula ketakutan sehingga tidak lena tidur selepas melihat paras air semakin meningkat.

“Kami menyewa di rumah kedai semuanya lapan orang bekerja di tempat sama. Memang tak sangka banjir kali ini luar biasa. Menurut rakan-rakan, biasanya banjir akan surut dalam sehari dua.

“Kami memang tidak tidur lena. Ibu bapa pun mulai risau sama ada saya makan atau tidak. Selama tiga hari kami hanya makan mi segera, biskut dan air dengan berkongsi bekalan yang kami beli,” katanya yang tinggal di Felda Bukit Aping Barat.

Terdahulu, kesemua pekerja terbabit yang tinggal menyewa di tingkat dua bangunan rumah kedai berhampiran Pasar Awam Kota Tinggi itu diselamatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menggunakan trak bomba.

Operasi menyelamat itu diketuai Pemangku Ketua Zon 2 Johor, Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat berserta lima anggota BBP Kota Tinggi yang memasuki pusat bandar yang ditenggelami air bah sehingga hampir dua meter.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN