fbpx

Selebriti transgender, Poy Treechada kahwini ahli perniagaan kaya Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Phuket. - Suara.com

BANGKOK – Seorang selebriti wanita transgender di Thailand melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan lelaki daripada sebuah keluarga elit Phuket semalam, lapor laman berita The Nation Thailand.

Majlis perkahwinan Poy Treechada Petcharat diadakan mengikut tema gaya tradisional Peranakan.

Poy yang memenangi pertandingan Ratu Tiffany dan Ratu Antarabangsa pada 2004 berkahwin dengan Oak Bhavagha Hongyok di restoran Baan Ar-Jor, Phuket.

Selepas memenangi pertandingan ratu cantik pada usia 18 tahun, Poy mula menempah nama dalam industri hiburan Thailand sebagai model, pelakon dan membuat penampilan dalam video muzik.

Pada 2013, Poy muncul dalam pawagam Hong Kong dan bekerja dengan ramai bintang terkenal seperti Zhang Jiahui, Gu Tianle dan Liu Qingyun untuk Syarikat Pengurusan Artis Universal.

Poy dan Oak telah mengenali antara satu sama lain selama 20 tahun. Oak merupakan saudara lelaki kepada rakan karib Poy. 

Model itu kini menjadi ahli salah satu keluarga paling terkenal di Phuket. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI