fbpx

Kopi O dapur kayu api gamit nostalgia lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA di Kafe Kopi O Kampung di Hutan Kampung Alor Setar Kedah menjaga api dapur kayu untuk menghasilkan minuman kopi O dengan aroma unik.

ALOR SETAR – Sebuah kafe di Hutan Kampung di sini menampilkan kelainan apabila menghidangkan menu utama sarapan berupa minuman kopi O yang dimasak dalam cerek hitam di atas dapur kayu.

Pemilik Kafe Kopi O Kampung, Ruslin Long, 68, berkata, walaupun baru beroperasi sejak awal tahun lepas, premis ber­kenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati minuman kopi O itu.

“Saya guna kaedah lama memasak air kopi iaitu menggunakan cerek dan dapur kayu api. Rasanya memang berbeza kerana aroma dapur kayu ini. Biji kopi yang saya gunakan juga adalah tulen kerana tidak campuran bahan lain.

“Setiap hari kafe ini menjual dari 100 sehingga 200 cawan kopi O yang dihidangkan bersama tiga keping roti empat segi. Inilah cara orang dulu-dulu nikmati kopi, itu juga tujuan saya usahakan kafe ini untuk kembalikan nostalgia,” katanya ketika ditemui di kafe tersebut di Hutan Kampung di sini semalam.

Ruslin yang juga pemilik syarikat percetakan berkata, dekorasi kafe yang dipenuhi dengan barang lama itu turut menambah suasana klasik kepada pengunjung.

“Kedai ini saya buat sikit demi sedikit guna dekorasi barang lama dan barang antik yang sama miliki. Selain menikmati kopi O cara lama, pengunjung juga akan dihidangkan dengan suasana penuh nostalgia.

“Cawan kopi juga saya pilih yang klasik selain menggunakan cerek yang diubah suai. Selain kopi O, roti bakar juga dimasak menggunakan dapur kayu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI