fbpx

[VIDEO] Banjir Johor semakin memburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat kawasan banjir sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kota Tinggi, jOHOR hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 28,099 penduduk daripada 7,805 keluarga setakat 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa tersebut dipindahkan ke 197 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh daerah di negeri ini.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih tiga kali ganda berbanding 9,162 mangsa daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di 90 PPS pada 8 malam semalam.

“Sejak awal pagi tadi, sebanyak 39 PPS baharu dibuka yang mencatatkan pertambahan mangsa banjir seramai 9,708 penduduk daripada 2,677 keluarga dipindahkan.

“Daerah Segamat merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan seramai 9,818 mangsa diikuti Kluang (5,547), Batu Pahat (3,721), Kota Tinggi (2,868), Muar (2,259), Johor Bahru (1,319), Kulai (719), Tangkak (1,013), Mersing (538) dan Pontian (257),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azmi, banjir melanda negeri ini sejak malam kelmarin merekodkan satu kes korban banjir melibatkan lelaki bernama K. Sarathkumar yang dilaporkan lemas di Kluang.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 13 PPS ditutup di daerah Johor Bahru, Kluang, Pontian, Kulai, Muar dan Segamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI