fbpx

Banjir: 244 PPS dibuka di 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 244 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri sehingga kini bagi menempatkan 28,520 mangsa yang terjejas akibat banjir sejak kelmarin.

Setakat pukul 1.45 tengah hari ini, mangsa terdiri daripada 7,916 keluarga di negeri Johor, Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Berdasarkan laman portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 25,802 orang diikuti Pahang (1,395), Negeri Sembilan (928), Sarawak (345) dan Melaka (50).

Data tersebut berdasarkan kemaskini terakhir portal tersebut pada pukul 11.09 pagi tadi. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI