fbpx

Polis nasihat jangan redah jalan dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori tersekat di laluan dinaiki air di Gemas-Tampin berhampiran persimpangan Dataran Satria 1

TAMPIN – Polis menasihatkan pengguna jalan raya terutama kenderaan ringan tidak meredah laluan dinaiki air bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, buat masa ini satu laluan sudah di Jalan Gemas-Tampin berhampiran persimpangan Dataran Satria 1 telah dinaiki air banjir.

Menurutnya, hasil tinjauan ke lokasi mendapati terdapat sebuah lori tersekat di laluan tersebut dipercayai tersekat pada pembahagi jalan.

“Patuhi papan tanda amaran serta ikut laluan alternatif yang telah disediakan iaitu di Kampung Londah,” katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.

Sementara itu, Eksekutif Operasi Selia Selanggara Gemencheh, Fatah Najmi Abu Hanifah berkata, lori itu tersekat sejak pukul 1.30 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI