fbpx

Piala FA: Ten Hag seru Manchester United lupakan kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu melupakan kejayaan menjulang Piala EFL untuk memberikan fokus pada aksi Piala FA menentang West Ham. – FB manchester United

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyeru agar barisan pemain melupakan seketika kejayaan menjulang trofi Piala Liga Inggeris (EFL) dengan memberi tumpuan pada aksi pusingan 16 terbaik Piala FA menentang West Ham awal pagi esok.

Sebagai rekod, The Red Devils berjaya menamatkan kemarau hampir enam tahun tanpa trofi selepas menjulang Piala EFL dengan menewaskan Newcastle United 2-0 pada aksi final di Wembley awal pagi Isnin lepas.

Kata Ten Hag, semua pemain perlu segera siapkan mentaliti bahawa saingan masih belum ber­akhir dan ada banyak lagi perlawanan penting yang perlu dihadapi.

“Ketika ini semangat serta motivasi pasukan cukup baik kerana berjaya menjulang trofi Piala EFL, barisan pemain terus bersema­ngat untuk terus mengecapi kejayaan pada kempen musim ini.

“Mungkin tiada lagi tekanan untuk menamatkan kemarau trofi, tetapi saya berharap kita boleh berusaha untuk berikan yang terbaik pada setiap perlawanan.

“Fokus selepas ini adalah untuk memastikan misi pasukan melangkah jauh pada saingan Piala FA dapat dicapai. Aksi menentang West Ham tidak semudah yang dijangka dan semua pemain perlu berwaspada,” katanya.

United masih mempunyai peluang untuk melengkapkan kejuaraan quadraple apabila kekal bersaing dalam Piala FA, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa apabila diundi bertemu Real Betis minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI