fbpx

Pendaftaran baharu, kemas kini STR mula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Mac 2023.

Kementerian Kewangan berkata, proses itu bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing- masing.

Katanya, ia juga membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

“Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR tahun 2023 akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya di sini tadi.

Kata kenyataan itu, bagi mengurangkan golongan tercicir atau ‘exclusion error’, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan.

“Selain itu, data daripada beberapa agensi kerajaan juga disemak silang bagi kelayakan STR mengikut syarat ditetapkan.

“Kementerian Kewangan akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI